Forum Perdana Cinta RemajaAlhamdulillah..tanggal 3hb disember 2009,khamis..hidup ini diberi peluang utk ditarbiyah.Syukur sangat-sangat... Erm,alang-alang diberi kesempatan waktu..apa slhnya kte beri santapan rohani utk diri kita.Enterpreneur Society mengadakan EG FEST pada minggu ini..banyak aktiviti yang diadakan.Sama seperti ECONS FEST yang diadakan pada last semester..
Antaranya,karnival,forum,and talk.Semuanya menarik...Karnival diadakan dipadang.Macam-macam stuff dijual kt situ..Sister2 ramailah yang pergi...
Lumrah perempuan ske membeli-belah.... Dan selepas isyak pada hari khamis,ana dan kawan2 bersiap-siap ke padang.Agenda kemuncak EG FEST.Forum perdana yang bertajuk CINTA REMAJA..panelnya ialah Ustazah Bahyah dan suaminya,Ustaz Wan Akashah.Erm...Ustaz Wan Akashah juga adalah panel untuk forum ECONS FEST,sem lepas.Alhamdulillah...ketika itu ana diberi peluang untuk menjadi comittee untuk majlis itu... Berbalik kepada forum pada kali ini,ianya sangat menarik.Pengisian yang disampaikan bersahaja dan sangat menarik.Forum yang disampaikan oleh pasangan sejoli ini memberi peluang kepada students untuk menilai diri mereka sendiri.Oleh kerana, anak kepada pasangan ini belajar disini,forum ini dapat disampaikan bersesuaian dengan keadaan disini,CFS IIUM.So happening sangat malam tu..tarbiyah disampaikan dengan gelak ketawa dan tidak terlalu berat.
Antara yang menjadi persoalan disini,salahkah kita bercinta diusia remaja?? erm,ia tidak salah jika ianya berlandaskan syarak.Macam mane hubungan yang berlandaskan syarak itu??Itu yang sentiasa menjadi persoalan.Ramai kawan ana yang sedang berpasangan ini bertanyakan hal ini kepada ana.Ada yang terkesan dihati,dan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan yang sedia ada.Apa yang ana dapat dari forum ini ialah..jika kita hendak berpasangan,banyak benda yang kita kena elakkan.Iaitu 4 perkara,PANDANG,PEGANG,PELUK dan PENZINAAN.Zina ini banyak cabangnya..memang betul mereka dapat elakkan zina mata,zina tangan,zina kaki sebab tidak berjumpa..dapat elakkan zina telinga dan lidah sebab tidak berhubungan ditelefon.Tapi,kita kena ingat masih ada zina yang susah untuk kita elakkan ketika berpasangan nie.Iaitu,ZINA HATI...
Rasulullah bersabda:_
mata boleh berzina dengan melihat,lidah boleh berzina dengan bercakap,tangan boleh berzina dengan berpegangan tangan.Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat.Hati pula boleh berzina dengan merindui,mengingati dan membayangi si dia.
Ustazah Bahyah pun ada mention tentang dua jenis cinta...iaitu cinta berlandaskan Illahi dan cinta yang berlandaskan nafsu.Sudah tentu kita inginkan cinta yang berlandaskan kerana Allah.Sudahkah kita jaga hubungan kita dengan pencipta kita??Sudah cukupkah pengabdian kita kepadaNya sebagai tanda syukur kita kepadanya..??Cinta itu akan hadir apabila tiba masanya,tidak perlulah kita mencarinya.Allah itu Maha Mengetahui...jodoh,ajal,rezeki,hidup kita...telah ditentukan.Sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali...
Koreksi kekhilafan diri kita...
